Rumah Warisan

Rumah Warisan

Sunday, August 22, 2010

Selesai sudaa.....

الحمد لله
segala puji bagi ALLAH..
segalanya telah berjalan dengan lancar pada 21 Ogos 2010 yang lalu..
ramai jgk ahli PKD yg hadir pada malam ni..
bermula dengan Bacaan Yassin yang diketuai oleh :

Ustaz Badrul Hisyam b. Abu Mansor

seterusnya majlis telah diisi dengan sedikit tazkirah sambil menunggu waktu azan maghrib dan waktu berbuka.. pengisian tersebut juga telah diberikan oleh Ustaz Badrul Hisyam b. Abu Mansor.. sambil mendengar tazkirah para ibu sibuk menghidang makanan di belakang... banyak juga juadah pada hari itu.. antaranya gulai tempoyak ikan patin, sambal tempoyak negeri sembilan (sambal tempoyak daun kayu), ayam masak halia, tempe, pengat pisang, bubur nasi, kueh donat, karipap dannnn banyak lagi... =)
msti yang tak dapat datang tu merasa sangat rugi kan..

kemudian setelah selesai makan makanan yang ringan2.. semua diminta solat maghrib dahulu, sebab kalau dah makan berat2 msti nak solat pun berat kan? btul tak? =)
sebenarnya gambar masa majlis ni tak banyak sangat, sebab ramai ahli PKD ni semuanya malu2 kucing gitu..nmpak kamera semua lari.. tapi ada juga yang sporting gitu... mcm gambar yang ni..





cik ana & pak cik syed

selesai aje solat maghrib berjemaah.. masing2 mengambil pinggan dan beratur nak ambil makanan..



selain dari ahli2 PKD yang selalunya yang hadir, kali ini majlis kita diseri kan lagi dengan kehadiran saudara baru (bak kata pengerusi) =)
iaitu Mak Cik Tom (isteri kpd Allahyarham acik usof iaitu sepupu kpd penasihat2 PKD) & Rashdan (anak)..





setelah selesai menjamu selera.. tibalah masa untuk solat sunat terawih berjemaah bersama2 dengan ahli PKD.. Imam : Ustaz Badrul Hisyam b. Abu Mansor..
dengan berakhirnya solat sunat terawih, maka berakhirlah majlis pada malam itu.. antara gambar lain yang sempat diambil..
+
+
+
+
+
+
+
+
+

~~sebelum berbuka~~




~~semasa berbuka~~









InsyaALLAH bertemu lagi kita pada Hari Raya Aidilfitri akan datang...
sekian wassalam...


No comments: