Rumah Warisan

Rumah Warisan

Sunday, September 26, 2010

kemeriahan hari raya ke-2 PKD


Salam....
Entry kali ni dimulakan dgn gambar di atas ni. Mesti semua orang dah boleh faham kan apa yang nak disampaikan. Lagipun, tengok je tajuk entry kali ni pun dah faham dah kan? Baiklah!
tak nak berceloteh panjang lagi la kan, lagipun ramai yang dah bising. Mana gambar raya..? mana gambar? Ada jgk yang tak sabo nak baca blog. Tak sampai hati dgr. Tapi tu la teman sibuk skit. Hehe. harap2 smua paham la yek. Okey lah, kita mulakan ye.....
[harap2 ramai la yang berminat nk baca blog usang PKD ni]

Sambutan hari raya aidilfiri pada kali ini memang tersangat lah meriah dan pagi yang hening itu sementara menunggu kehadiran para tetamu didendangkan dgn lagu2 Maher Zain dan yang paling penting lagu raya :)
nak nak tengah sibuk2 tu kan tenang skit hati nak menyediakan makanan di dapur kan? :)


seperti biasa lah kan, nmpk je gambo 'Abg Tam/Pak Tam' ni mesti semua dpt agak dah apa tugas dia pada hari tu kan kan kan :)
tugas En Badrul Hisyam pada hari ni ialah mengacara majlis hingga ke akhir..
Majlis mmg meriah la klau ada Pak Tam kita nih. Hehe..
Majlis pada pagi ini dimulakan dgn Selawat Syifa yg diketuai oleh Puan Sazaliah dgn permintaan dri nya sendiri. Kepada yg tak knl lagi Pah Cho kita ni, moh sama2 kita tgk gmbo dia.


PUAN SAZALIAH BT DERAMAN

Semasa majlis berlangsung, sempat la jgk mngambil gambar suasana pagi raya tu dalam Rumah Warisan. Sebelum tu pangkat2 anak sedara akan diwajibkan memakai 'nama tag', klu perasan pada baju mereka ada tag berwarna kuning. Itu lah dia :)

Ini dia Kak Ngah/Mak Ngah yg tolg menulis nya.


*********************

*********************

*********************

*********************

*********************
Ok! Lepas dah amik gambar candid2 diorg ni. Sementara tu majlis tetap berlangsung. Agenda seterusnya ialah ucapan dari Pengerusi
[Encik Yahanis B. Yahya].

Pengerusi meminta setiap ahli keluarga 'Memperkenalkan Keluarga masing-masing' dengan mewakilkan adik beradik yang paling tua dalam keluarga. Dimulakan dengan keluarga 'Ayah We/Tok Alias' iaitu...

Mohd Naim B. Abdul Halim
Ucapan yg pnjg lebar dri Naim beserta dgn pengenalan mengenai HPA :)
Anak Kedua hasil perkahwinan Robiaton Adawiyah & Abdul Halim.

Next

Puan Umi Kalsom bt. Abu Mansor
Ni dia Mak Nyah Mie kita. Wakil dari keluarga Tok Ngah Mansor. Mempunyai 3 orang anak. Imran b. Ramly, Ahmad Safwan b. Ramly & Azinuddin B. Ramly.

Seterusnya...

Puan Norlaila bt. Kamaruddin
Anak Kedua daripada hasil perkahwinan Puan Sazaliah & Kamaruddin.

Next

Encik Mohd Mahyuddin b. Yahya

Encik Zulkifli b. Alias

Encik Ramzi b. Dahalan
yang menyambut Hari Lahir yg ke-26.
Selamat Hari Lahir diucapkan.

Antara yang turut hadir pada hari raya yang lepas :

Keluarga Tok Mat Enggang iaitu abg kpd Tok Deraman.





Turut sama hadir Keluarga Opah Yang Mariam iaitu adik Opah Ngah Munah :

Rashdan b. Hj Hussain
Anak kepada Puan Hjh Che Tom bt. Hj Ramli & Hj Hussain b. Abd Rashid

Setelah selesai sesi suai kenal, tibalah masa untuk makan beso :)
sambil makan para tetamu telah dihiburkan dgn persembahan nasyid oleh Ahmad Safwan b. Ramli.


Tibalah acara kemuncak Majlis Hari Raya 2010 iaitu pemberian 'Duit Raya' & bergambar beramai-ramai :D
Ohhh.....duit raya <=== :)


Muka-muka cicit2 perempuan Deraman yg ceria menunggu duit raya...

Wajah2 macho cicit2 Deraman...

Barisan pemberi angpau...

keghebek jgn tak keghebek Kak Pa.....

Barisan Penasihat-penasihat merangkap anak dan menantu Hj. Deraman b. Pandak Semaon...

Barisan Cucu-cucu Deraman...


Barisan Cicit-cicit lelaki Deraman...


dengan berakhirnya sesi bergambar ini, maka berakhirlah majlis pada hari ini.

Last but not least, tidak lupa kpd Jurukamera kita pada majlis hari raya :

Sekian sahaja entry untuk hari raya yg lps. Sekiranya ada kekurangan dan terlambat untuk publish entry ini mohon dimaafkan..
sekian, Ma'asalamah...