Rumah Warisan

Rumah Warisan

Tuesday, February 2, 2010

Seimbas Lalu Penubuhan Persatuan Keluarga Deraman

Idea penubuhan Persatuan Keluarga Deraman (PKD) telah dicetuskan oleh anak-anak Deraman yang mana perjumpaan pertamanya yang bercadang untuk menubuhkan persatuan keluarga ini telah diadakan di rumah Mak Cho pada 01 Januari 2002 berikutan kematian Allahyarham Ayah Cho.

Dalam perjumpaan tersebut, setiap wakil dari semua anak-anak Deraman telah hadir dan bersetuju untuk menubuhkan persatuan keluarga ini.

Matlamat utama penubuhan PKD ini adalah:

  • Meneruskan hubungan generasi Deraman supaya dapat saling mengenali di antara satu sama lain terutama generasi yang akan datang.
  • Menjaga kebajikan di kalangan ahli-ahli Persatuan Keluarga Deraman dengan cara mengambil sikap ambil tahu dalam kalangan keluarga.
  • Mengadakan perjumpaan keluarga dari semasa ke semasa.
Sedar tak sedar...tup...tap...tup...tap...telah lebih tujuh tahun usia penubuhan PKD ini.

Syabas diucapkan dan ribuan terima kasih kepada semua ahli-ahli yang memberikan sokongan. Kerjasama dari kalian amat dihargai.

Kepada ahli-ahli yang masih tidak berkesempatan, luangkanlah sedikit masa anda untuk kita bersama-sama menjayakan persatuan keluarga ini.

"Persatuan Kita, Tanggungjawab Kita".