Rumah Warisan

Rumah Warisan

Sunday, August 22, 2010

Selesai sudaa.....

الحمد لله
segala puji bagi ALLAH..
segalanya telah berjalan dengan lancar pada 21 Ogos 2010 yang lalu..
ramai jgk ahli PKD yg hadir pada malam ni..
bermula dengan Bacaan Yassin yang diketuai oleh :

Ustaz Badrul Hisyam b. Abu Mansor

seterusnya majlis telah diisi dengan sedikit tazkirah sambil menunggu waktu azan maghrib dan waktu berbuka.. pengisian tersebut juga telah diberikan oleh Ustaz Badrul Hisyam b. Abu Mansor.. sambil mendengar tazkirah para ibu sibuk menghidang makanan di belakang... banyak juga juadah pada hari itu.. antaranya gulai tempoyak ikan patin, sambal tempoyak negeri sembilan (sambal tempoyak daun kayu), ayam masak halia, tempe, pengat pisang, bubur nasi, kueh donat, karipap dannnn banyak lagi... =)
msti yang tak dapat datang tu merasa sangat rugi kan..

kemudian setelah selesai makan makanan yang ringan2.. semua diminta solat maghrib dahulu, sebab kalau dah makan berat2 msti nak solat pun berat kan? btul tak? =)
sebenarnya gambar masa majlis ni tak banyak sangat, sebab ramai ahli PKD ni semuanya malu2 kucing gitu..nmpak kamera semua lari.. tapi ada juga yang sporting gitu... mcm gambar yang ni..





cik ana & pak cik syed

selesai aje solat maghrib berjemaah.. masing2 mengambil pinggan dan beratur nak ambil makanan..



selain dari ahli2 PKD yang selalunya yang hadir, kali ini majlis kita diseri kan lagi dengan kehadiran saudara baru (bak kata pengerusi) =)
iaitu Mak Cik Tom (isteri kpd Allahyarham acik usof iaitu sepupu kpd penasihat2 PKD) & Rashdan (anak)..





setelah selesai menjamu selera.. tibalah masa untuk solat sunat terawih berjemaah bersama2 dengan ahli PKD.. Imam : Ustaz Badrul Hisyam b. Abu Mansor..
dengan berakhirnya solat sunat terawih, maka berakhirlah majlis pada malam itu.. antara gambar lain yang sempat diambil..
+
+
+
+
+
+
+
+
+

~~sebelum berbuka~~




~~semasa berbuka~~









InsyaALLAH bertemu lagi kita pada Hari Raya Aidilfitri akan datang...
sekian wassalam...


Thursday, August 19, 2010

Majlis Berbuka Puasa & Solat Sunat Terawih

Assalamualaikum.....

di sini saya ingin menjemput seluruh warga PKD untuk menghadirkan diri ke majlis berbuka puasa & solat sunat terawih berjemaah seperti yang tertera di bawah:
Tarikh : 21/08/2010 (sabtu)
Tempat : Rumah Warisan, Kampung Tua
Masa : 6.00 petang

Diharapkan semua ahli dapat meluangkan masa untuk bersama-sama menjayakan majlis
pada hari tersebut. Diharapkan majlis berbuka puasa & solat sunat terawih berjemaah dapat
berjalan dengan lancar seperti tahun-tahun yang sebelumnya. InsyaAllah.
Makanan pada hari tersebut tidak disediakan. Maka, ahli-ahli bolehlah menyumbangkan sedikit
sebanyak makanan. Kehadiran anda kami amat mengalu-alukan.


Tuesday, August 10, 2010

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan..!




"Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak" & Selamat menjalani ibadah puasa kepada seluruh warga PKD terutamanya... Moga Ramadhan kali ini adalah lebih baik dari yang sebelumnya..

Bagi orang yang menghayati Ramadhan yang diberkati, puasanya akan berkesan dihati hingga membina peribadi.

Nabi SAW bersabda: “Siapa berpuasa pada bulan Ramadhan kerana iman dan mengharapkan reda Allah, akan diampuni dosanya yang terdahulu dan kemudian”

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua..