Rumah Warisan

Rumah Warisan

Friday, January 1, 2010

Sekapur Sireh

Assalamualaikum Wbh...

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat
Allah S.W.T kerana dapat merealisasikan blog ini bagi tatapan seluruh ahli Persatuan Keluarga Deraman walaupun terdapat serba serbi kekurangan di dalam usaha untuk mencipta blog ini.

Di kesempatan ini marilah kita merakamkan kesyukuran yang tidak terhingga di atas limpahan rahmat kesihatan, kelapangan dan rezeki yang dikurniakan Allah kepada kita semua. Kita juga dapat hidup dalam suasana harmonis dan dapat terus bermesra dalam suasana muhibbah dengan rasa berlapang dada.

Semoga suasana yang telah kita lalui ini akan terus berkekalan dan akan mengeratkan silaturrahim antara kita.

Harapan dari kita semua agar persatuan kita ini akan diteruskan perjuangannya oleh anak cucu kita nanti supaya mereka tahu akan asal usul keturunan mereka.

Sebagai pewaris, adalah menjadi tanggungjawab kepada kita untuk merealisasikan perjuangan yang telah kita rintis ini walaupun terpaksa mengharungi pahit getir di dalam menegakkan sebuah perjuangan.

Usah jemu dengan
pertemuan,
Usah resah dengan
permasalahan,
Untailah ia dengan
kesungguhan,
Urutilah ia dengan
kejayaan.

"Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat".

Salam hormat dari saya nurin alias