Rumah Warisan

Rumah Warisan

Wednesday, May 19, 2010

PENGUMUMAN.....!!!

Assalamualaikum W.B.T buat semua warga PKD.......
Di sini ingin saya maklumkan kepada semua beberapa perubahan...
sila lihat gambar di bawah untuk maklumat lanjut...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

setelah mengadakan mesyuarat pada 09/05/2010 baru-baru ini, sebulat suara bersetuju untuk melaksanakan hari keluarga di lokasi, pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan seperti di atas..

kepada sesiapa yang tidak mengetahui Hutan Templer's Park di mana....
bleh la warga PKD semua rujuk pada gambar di bawah...

* klik pada gambar untuk nmpk lebih jelas..

peta ni tak berapa jelas..

untuk lagi detail berkenaan tempat atau kemudahan yang disediakan bleh la layari web ni Templer's Park in Selangor..

tp ni je peta yang boleh menunjukkan detail untuk pergi ke Hutan Templer' Park tersebut..
setelah mencari di merata tempat..
Tanya pak cik Google dan pak cik Yahoo masih tidak jumpa gambar yang menerangkan secara detail..
sampai cu [opah cu] suruh nurin pegi ke Perak Tourism untuk mencari peta..tiba-tiba teringat yang Hutan Temple Park ni di Selangor...MySpace

harap-harap peta di atas dapat membantu anda semua warga PKD untuk menuju ke destinasi..
sy juga ingin memohon maaf kepada semua warga PKD jika terlambat untuk mengupdate blog ini..
kerana sibuk dalam menyiapkan laporan latihan industri..



"Moh le kite berghamai-ghamai memeriahkan lagi sambutan hari korghe kite pade kali nie.."MySpace



"Yang baik itu datang daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu daripada diri saya sendiri.."

sekian..

Wassalam..




Saturday, April 17, 2010

Hari Keluarga Deraman Kali ke-5 Tahun 2010

Persatuan Keluarga Deraman (PKD) akan mengadakan Hari Keluarga kali
yang ke-5 bagi tahun 2010. Maklumat adalah seperti berikut:-




*makanan tidak disediakan
*sebarang perubahan adalah tertakluk pada pindaan


Wednesday, March 3, 2010

Hari Keluarga 2009

Hari Keluarga Deraman yang ke-4 telah diadakan di Kg. Belanja Kiri Parit. Kepada ahli keluarga yang tidak berkesempatan menyertai aktiviti tahunan PKD ini sama-samalah menikmati keseronokan ahli-ahli yang hadir pada hari tersebut.


Ha..nilah Opah Chik..kemain laju mengukor nyo..sampai muka dah macam orang arab..nampak mata je..




Yang ni pulak Opah Cu..ayu je duduk mengukor nyo..cepat Opah Cu..bile nak abihnye..




Ni pulak Opah cho..nguko nyo sambil tersenyum lebo...




Ni pulak Opah Yang




ibu-ibu mengukor nyo dengan penuh gaya yang tersendiri



Pn. Azean



Pn. zamrud



Pn. Norazizah



Nyah Lia



Cik Nor Asma



antara aksi-aksi menarik makan buah epal..




besonye ngange...

Monday, March 1, 2010

✿ Hari Keluarga ke-3 2008 ✿


MySpaceالسلام عليکم ورحمة الله

Apa khabar semua warga PKD...? Di harapkan semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendakNya.. Aminn.... Pasti ramai yang tertunggu-tunggu akan cerita-cerita terbaru dalam blog ini kan? Tiada cerita yang terbaru.. Cerita terbaru COMING SOON ...sabar ye.. Cuma ingin berkongsi peristiwa-peristiwa yang lepas.. Iaitu sambutan Hari Keluarga kali ke-3 bagi tahun 2008.. Sambutan tersebut telah berlangsung pada 27 Mei 2008 (Ahad) di Teluk Rubiah Beach Resort..


ni la banner kami pada hari keluarga tersebut.. banner ni direka khas dari [sharzie enterprise]
cantik kn..?MySpace
kalau anda berminat boleh la klik pd link di atas untuk maklumat lanjut.. macam-macam ada terutamanya kepada anda yang ingin melangsungkan majlis perkahwinan..ape salahnya bantu-membantu kan..keluarga kita jugak yang maju..


saya tidak dapat menghadirkan diri pd masa ini..kerana ada camping di Pangkor..disini saya akan berkongsi sekadar apa yang saya tahu..di harap semua boleh menerimanya dengan baik..


yang ni barisan urusetia program & acara...

mak ngah azizah, mak su sobah & pak uda amir..
tekun mak su sobah mendengar penerangan dari mak ngah azizah...

happy beno mak ngah sarah, mak ngah azizah & pak tam tu yek...



Mereka ni dah bertungkus-lumus menjayakan program pada hari tersebut..MySpace

Masing-masing kelihatan happy je...tp ruginya saya tak de masa ni...



Antara acara-acara yang telah berlangsung begitu menarik perhatian kami...

yang ini acara untuk kanak-kanak

"si buta mencari bola.."
pak tam & mak tam..
mak tam bersungguh-sungguh bagi arahan pd pak tam kiri @ kanan bolanya....

abg ngah & kak ngah juga antara pasangan yang turut serta dalam acara ni..


masih mencari bola lagi pak tam kite ni...


abg ngah hampir berjaya mengutip semua bola..


yang ni pulak acara anak beranak..
pak cik syed & khairi


hannan & syifa'


humairah & syifa'


yang ni pulak org kuat PKD En. Yahanis Yahya & Pn. Azizah Wahab


ucapan penutup dari penasihat PKD... Ayah Alang [tok alang]




Mari kita bergambo beramai-ramai buat kenang-kenangan


dari kiri belakang:
maksu sobah, kak chik ema, abg chik, ayh chik ramzi, mak cik shasya, mak su zana, mak teh,ayh teh, faris, khairi, safwan, ayh de, aji, fadli, hafizuddin, mak lang lela, mak ngah azizah, mak ngah sarah.

amirah, mak tam, mak ndak, mak nyah mie, norbaiti, hakim.

dari kiri tengah:
mak ngah lia, pak tam, pak uda, tok alang, opah yang, arwah tok ngah, opah cho, opah chik.opah chu, cik ana, pk cik syed, ayh alang.

dari kiri depan:
hannan, mujahid,yassin, hadi, naufal, haniff, adha, aizat, amirul, fatih, aiman, syifa', humairah, syamila.








dari kiri belakang:
maksu sobah, kak chik ema, abg chik, ayh chik ramzi, mak cik shasya, mak su zana, mak teh,ayh teh, faris, khairi, safwan, ayh de, aji, fadli, hafizuddin, mak lang lela, mak ngah azizah, mak ngah sarah.

amirah, mak tam, mak ndak, mak nyah mie, norbaiti, hakim.

dari kiri tengah:
mak ngah lia, pak tam, pak uda, tok alang, opah yang, arwah tok ngah, opah cho, opah chik.opah chu, cik ana, pk cik syed, ayh alang.

dari kiri depan:
hannan, mujahid,yassin, hadi, naufal, haniff, adha, aizat, amirul, fatih, aiman, syifa', humairah, syamila.



SEKIAN sahaja entry pd kali ini..
diharapkan hari keluarga akan datang ini lebih ramai lagi yang akan menghadirkan diri..
pelbagai aktiviti dan hadiah yang akan ditawarkan..

wassalam.....


Tuesday, February 2, 2010

Seimbas Lalu Penubuhan Persatuan Keluarga Deraman

Idea penubuhan Persatuan Keluarga Deraman (PKD) telah dicetuskan oleh anak-anak Deraman yang mana perjumpaan pertamanya yang bercadang untuk menubuhkan persatuan keluarga ini telah diadakan di rumah Mak Cho pada 01 Januari 2002 berikutan kematian Allahyarham Ayah Cho.

Dalam perjumpaan tersebut, setiap wakil dari semua anak-anak Deraman telah hadir dan bersetuju untuk menubuhkan persatuan keluarga ini.

Matlamat utama penubuhan PKD ini adalah:

  • Meneruskan hubungan generasi Deraman supaya dapat saling mengenali di antara satu sama lain terutama generasi yang akan datang.
  • Menjaga kebajikan di kalangan ahli-ahli Persatuan Keluarga Deraman dengan cara mengambil sikap ambil tahu dalam kalangan keluarga.
  • Mengadakan perjumpaan keluarga dari semasa ke semasa.
Sedar tak sedar...tup...tap...tup...tap...telah lebih tujuh tahun usia penubuhan PKD ini.

Syabas diucapkan dan ribuan terima kasih kepada semua ahli-ahli yang memberikan sokongan. Kerjasama dari kalian amat dihargai.

Kepada ahli-ahli yang masih tidak berkesempatan, luangkanlah sedikit masa anda untuk kita bersama-sama menjayakan persatuan keluarga ini.

"Persatuan Kita, Tanggungjawab Kita".

Friday, January 1, 2010

Sekapur Sireh

Assalamualaikum Wbh...

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat
Allah S.W.T kerana dapat merealisasikan blog ini bagi tatapan seluruh ahli Persatuan Keluarga Deraman walaupun terdapat serba serbi kekurangan di dalam usaha untuk mencipta blog ini.

Di kesempatan ini marilah kita merakamkan kesyukuran yang tidak terhingga di atas limpahan rahmat kesihatan, kelapangan dan rezeki yang dikurniakan Allah kepada kita semua. Kita juga dapat hidup dalam suasana harmonis dan dapat terus bermesra dalam suasana muhibbah dengan rasa berlapang dada.

Semoga suasana yang telah kita lalui ini akan terus berkekalan dan akan mengeratkan silaturrahim antara kita.

Harapan dari kita semua agar persatuan kita ini akan diteruskan perjuangannya oleh anak cucu kita nanti supaya mereka tahu akan asal usul keturunan mereka.

Sebagai pewaris, adalah menjadi tanggungjawab kepada kita untuk merealisasikan perjuangan yang telah kita rintis ini walaupun terpaksa mengharungi pahit getir di dalam menegakkan sebuah perjuangan.

Usah jemu dengan
pertemuan,
Usah resah dengan
permasalahan,
Untailah ia dengan
kesungguhan,
Urutilah ia dengan
kejayaan.

"Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat".

Salam hormat dari saya nurin alias